Aku dan Dia...

Jujur!...berdampingan dengan dia hanyalah satu angan-angan bagi aku. Mungkin itulah angan-angan paling teruk yang aku alami….angan-angan yang tak kena tempat. Umpama angan-angan seorang arkitek yang ingin membina bangunan pencakar langit tetapi berbumbung minangkabau. Memang molek dan suci angan-angan itu tapi larat ker telinga mendengar caci cerca orang? Redhakah kalau orang kata kau arkitek gila? Dan orang cakap lagi…arkitek gila babi setelah bangunan itu siap dan air hujan mencurah-curah masuk ke dalam bangunan akibat bumbung terbang dibawa angin! Atas dasar sedar diri inilah yang membuatkan aku halau jauh-jauh angan-angan berimpikan dia. Aku cuma menelan air liur tatkala melihat orang lain berjual minyak dengannya. Tiap kali lihat minyak tu tak laku, aku melompat lebih tinggi!
Insiden aku gatal tangan menghantar private messages kepada dia telah menjadi detik permulaan dia mengenali aku. Message pertama aku berbalas…..”awak, maaf ye kite sibuk ni! Kita sembang lain ye!”.....glupp…aku telan air liur. Padan muka…tu ler gatal sangat tangan tu gi message…sape suruh, kan dah malu sendiri! Sumpah aku kepada diri sendiri. Ok ler, aku insaf…bena-benar insaf, tak akan message sesiapa lagi selepas ini terutama sekali dia.
Sedang aku berangan-angan pasal benda lain pada malamnya lebih kurang pukul 10.00 malam, tiba-tiba…..ermmm, letrik takde pulak. Sambung lain ek!
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    alaaaa.........
    sambung le cepat!tinta awak nampak hidup sgt.


  2. zman Says:

    Awak....TNB ckp esok baru letrik ada. Ari ni depa tak sempat nak sambung bagi ada api. Technician depa dating dengan mata ayer dari petang bawa ke malam. TNB pesan....."sabar yerr..."